Excepteur sint occa- ecat cupidatat

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Suspendisse eget ante vitae ligula posuere

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Quisque malesuada libero sed odio

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Maecenas in enim vene- natis libero

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Phasellus feugiat conse- ctetur sapien

Excepteur sint occaecat cupid- atat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Latest Articles

90% penggodam web rakyat kita

Oleh Gaddafi Musli dan Shahrul Redzuan
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyekat sepuluh laman perkongsian fail adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan penggodam berniat jahat memasukkan virus ke dalam komputer pengguna.
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Syahrizal Azmir, 28, berkata, dalam laman perkongsian fail terdapat penggodam mengambil kesempatan atas keterbukaan laman seperti ini untuk memasukkan virus Trojan atau pintu belakang dalam fail yang dikongsi mereka.

Menurutnya, pengguna mungkin teruja memuat turun filem atau lagu terbaru daripada laman berkenaan tanpa menyedari fail dimuat turun mengandungi Trojan.
“Virus yang dikawal penggodam berkenaan bukan saja boleh digunakan untuk merosakkan sistem komputer pengguna, malah penggodam berniat jahat berupaya mencuri data peribadi untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya yang memiliki sijil pengiktirafan sebagai penggodam beretika (Certified Ethical Hacker) daripada Majlis Penasihat Antarabangsa E-Perdagangan atau EC-Council.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Malaysia, semalam.

Rakannya Syahrizal Shafie, 31, yang turut memiliki sijil pengiktirafan sama berpendapat kumpulan penggodam yang menceroboh laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan tempoh beberapa jam menembusi sistem keselamatan.
“Pada pendapat saya tahap keselamatan laman web kerajaan masih perlu ditingkatkan, kakitangan yang memantau aktiviti dalam talian perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan siber,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Mara, Dr Bharanidharan Shanmugam berkata, seorang penggodam memerlukan lima langkah untuk memasuki sistem komputer yang disambung kepada Internet sebelum berupaya melakukan kerosakan pada laman web berkenaan.
Lima langkah terbabit adalah peninjauan (reconnaissance) mengesan alamat IP (scanning), mencari jalan masuk (gaining access), mengekalkan akses (maintaining access), dan menghilangkan jejak (clearing tracks).

Katanya tempoh masa menggodam komputer berbeza mengikut kemampuan individu.

“Seorang penggodam amatur memerlukan masa dua hingga tiga jam manakala bagi seorang profesional mungkin hanya 10 minit,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/18

http://w1.hmetro.com.my/articles/90_penggodamwebrakyatkita/Article

10 sekolah latih penipu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/19

http://w1.hmetro.com.my/articles/10sekolahlatihpenipu/Article

Amuk nenek tutup suis komputer




KUALA LUMPUR: Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.
Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.

“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.
Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.

Harian Metro

 http://www.harian-metro-online.com/amuk-nenek-tutup-suis-komputer

Wanita Ketagih Bermain Komputer, Biar Anak Kelaparan

Monday, 22 October 2012 14:00 


PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.

"Sejak lebih setahun lalu, dia datang ke pusat siber ini dan melayari permainan komputer.

"Biasanya, dia menggendong anaknya selama beberapa jam, namun akibat leka bermain dan kepenatan, dia meletakkan anaknya dia kerusi sebelah.

"Malangnya, dia tidak memberikan anaknya itu makanan hingga kanak-kanak itu terpaksa mencari sisa makanan dan ada satu ketika, budak itu cuba memakan makanan kucing, namun saya menegahnya," katanya.

Raihan berkata, sebelum ini, dia telah beberapa kali menasihatkan wanita dikenali sebagai Sara itu supaya tidak membawa anaknya bersama.

Bagaimanapun, katanya, wanita terbabit memberi alasan kononnya tiada penjaga di rumah sehingga memaksanya membawa kanak-kanak itu.

Katanya, sepanjang berada di pusat siber itu, wanita terbabit tidak memberi perhatian kepada anaknya hingga menjejaskan keselesaan pelanggan lain.

"Kami simpati melihat anak wanita itu kerana kerap keletihan apabila diarahkan duduk di atas kerusi selama beberapa jam sehingga terlena.

"Malah, sekiranya membuat bising atau bermain, ibunya akan memarahi dan memukul kanak-kanak itu tanpa menghiraukan pengunjung lain," katanya.

Raihan berkata, wanita itu pernah menyatakan dia ke pusat siber dengan izin keluarga.

"Kami pelik dengan perbuatan Sara memandangkan anaknya menjadi mangsa berikutan ketagihannya bermain permainan komputer," katanya.

Sementara itu, Sara ketika ditemui berkata, dia kesunyian di rumah dan berkunjung ke pusat siber antara lima hingga enam kali seminggu dengan menaiki bas.

"Disebabkan anak masih kecil dan belum bersekolah, saya terpaksa membawanya sekali.

"Semua ahli keluarga saya tahu hobi saya ini dan mereka tidak pernak memarahi saya," katanya.



- Harian Metro

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/144091-wanita-ketagih-bermain-komputer-biar-anak-kelaparan.html

Padah percaya arahan Internet

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.

Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.

“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.

“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.
Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.
“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/23

http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/PadahpercayaarahanInternet/Article/index_html

Rekrut pakar komputer perangi laman web pro-Israel

KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam terkemuka, Anonymous sedang merekrut pakar komputer di seluruh dunia termasuk penggodam tempatan bagi meneruskan perang siber ke atas laman web pro-Israel yang dilancarkan minggu lalu.
Mereka menggelarkan operasi godam terbabit sebagai ‘OpIsrael’ dan bertindak sedemikan sebagai tindak balas serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin yang mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa. Menurut seorang penggodam tempatan yang enggan dikenali, mereka berhubung dengan Anonymous sejak beberapa minggu lalu menerusi forum rahsia untuk berkongsi maklumat serta menerima latihan mengenai teknik menggodam yang sesuai.
“Menerusi forum berkenaan Anonymous membekalkan penggodam dengan perisian ‘Distributed Denial of Service’ atau DDoS, malware dan sebagainya untuk dijadikan ‘senjata’ bagi melumpuhkan laman pro-Israel, khususnya yang menggunakan domain ‘.il’,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya lagi kumpulan penggodam tempatan turut berhubung dengan penggodam dari Indonesia, Brunei dan Pakistan untuk merancang strategi terbaik melumpuhkan laman terbabit.
“Antara kaedah yang digunakan adalah menyerang dengan perisian DDoS sehingga laman berkenaan menjadi berat dan seterusnya memberi peluang kepada penggodam lain untuk ‘menyerang’ dan ‘menceroboh’ sistem laman terbabit,” ujarnya.
Menurutnya, taktik popular selain mencuri data adalah dengan mengubah suai rekaan laman terbabit atau lebih dikenali sebagai teknik ‘defacement’.
Bagaimanapun jelasnya kerajaan Israel sedang meningkatkan keselamatan pelayan laman web kerajaan untuk menghalang Anonymous daripada mengakses data sensitif khususnya membabitkan operasi ketenteraan.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rekrutpakarkomputerperangilamanwebpro-Israel/mobile/mArticle

Amuk anak tak belikan komputer riba

CHERAS: Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.
“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/12

http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukanaktakbelikankomputerriba/Article/index_html