90% penggodam web rakyat kita

Oleh Gaddafi Musli dan Shahrul Redzuan
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menyekat sepuluh laman perkongsian fail adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan penggodam berniat jahat memasukkan virus ke dalam komputer pengguna.
Pensyarah Universiti Malaysia Pahang, Syahrizal Azmir, 28, berkata, dalam laman perkongsian fail terdapat penggodam mengambil kesempatan atas keterbukaan laman seperti ini untuk memasukkan virus Trojan atau pintu belakang dalam fail yang dikongsi mereka.

Menurutnya, pengguna mungkin teruja memuat turun filem atau lagu terbaru daripada laman berkenaan tanpa menyedari fail dimuat turun mengandungi Trojan.
“Virus yang dikawal penggodam berkenaan bukan saja boleh digunakan untuk merosakkan sistem komputer pengguna, malah penggodam berniat jahat berupaya mencuri data peribadi untuk kegunaan mereka sendiri,” katanya yang memiliki sijil pengiktirafan sebagai penggodam beretika (Certified Ethical Hacker) daripada Majlis Penasihat Antarabangsa E-Perdagangan atau EC-Council.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Malaysia, semalam.

Rakannya Syahrizal Shafie, 31, yang turut memiliki sijil pengiktirafan sama berpendapat kumpulan penggodam yang menceroboh laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan tempoh beberapa jam menembusi sistem keselamatan.
“Pada pendapat saya tahap keselamatan laman web kerajaan masih perlu ditingkatkan, kakitangan yang memantau aktiviti dalam talian perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang bentuk serangan siber,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sekolah Informatik Termaju (AIS) Universiti Teknologi Mara, Dr Bharanidharan Shanmugam berkata, seorang penggodam memerlukan lima langkah untuk memasuki sistem komputer yang disambung kepada Internet sebelum berupaya melakukan kerosakan pada laman web berkenaan.
Lima langkah terbabit adalah peninjauan (reconnaissance) mengesan alamat IP (scanning), mencari jalan masuk (gaining access), mengekalkan akses (maintaining access), dan menghilangkan jejak (clearing tracks).

Katanya tempoh masa menggodam komputer berbeza mengikut kemampuan individu.

“Seorang penggodam amatur memerlukan masa dua hingga tiga jam manakala bagi seorang profesional mungkin hanya 10 minit,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/06/18

http://w1.hmetro.com.my/articles/90_penggodamwebrakyatkita/Article

0 comments:

10 sekolah latih penipu

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.
Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/19

http://w1.hmetro.com.my/articles/10sekolahlatihpenipu/Article

0 comments:

Amuk nenek tutup suis komputer




KUALA LUMPUR: Seorang cucu yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin di rumah remaja itu di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak di sini, neneknya yang berusia 70-an sebenarnya mahu menutup alat pendingin hawa, namun tidak menyangka suis itu bersambung dengan komputer milik cucunya yang ketika itu leka bermain permainan komputer.
Kesilapan nenek itu menimbulkan kemarahan cucunya kerana permainannya tergendala lalu mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap neneknya itu.

“Nenek berkenaan yang tersentak dengan tindakan cucunya itu memarahi sikap biadab remaja terbabit yang tidak menghormati orang tua, namun teguran itu langsung tidak diendahkannya,” katanya.
Sumber polis berkata, tidak cukup dengan itu, sikap panas baran cucunya semakin menjadi-jadi apabila merentap wayar penghawa dingin dalam bilik itu hingga terputus.

Harian Metro

 http://www.harian-metro-online.com/amuk-nenek-tutup-suis-komputer

0 comments:

Wanita Ketagih Bermain Komputer, Biar Anak Kelaparan

Monday, 22 October 2012 14:00 


PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.
Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.

"Sejak lebih setahun lalu, dia datang ke pusat siber ini dan melayari permainan komputer.

"Biasanya, dia menggendong anaknya selama beberapa jam, namun akibat leka bermain dan kepenatan, dia meletakkan anaknya dia kerusi sebelah.

"Malangnya, dia tidak memberikan anaknya itu makanan hingga kanak-kanak itu terpaksa mencari sisa makanan dan ada satu ketika, budak itu cuba memakan makanan kucing, namun saya menegahnya," katanya.

Raihan berkata, sebelum ini, dia telah beberapa kali menasihatkan wanita dikenali sebagai Sara itu supaya tidak membawa anaknya bersama.

Bagaimanapun, katanya, wanita terbabit memberi alasan kononnya tiada penjaga di rumah sehingga memaksanya membawa kanak-kanak itu.

Katanya, sepanjang berada di pusat siber itu, wanita terbabit tidak memberi perhatian kepada anaknya hingga menjejaskan keselesaan pelanggan lain.

"Kami simpati melihat anak wanita itu kerana kerap keletihan apabila diarahkan duduk di atas kerusi selama beberapa jam sehingga terlena.

"Malah, sekiranya membuat bising atau bermain, ibunya akan memarahi dan memukul kanak-kanak itu tanpa menghiraukan pengunjung lain," katanya.

Raihan berkata, wanita itu pernah menyatakan dia ke pusat siber dengan izin keluarga.

"Kami pelik dengan perbuatan Sara memandangkan anaknya menjadi mangsa berikutan ketagihannya bermain permainan komputer," katanya.

Sementara itu, Sara ketika ditemui berkata, dia kesunyian di rumah dan berkunjung ke pusat siber antara lima hingga enam kali seminggu dengan menaiki bas.

"Disebabkan anak masih kecil dan belum bersekolah, saya terpaksa membawanya sekali.

"Semua ahli keluarga saya tahu hobi saya ini dan mereka tidak pernak memarahi saya," katanya.



- Harian Metro

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/144091-wanita-ketagih-bermain-komputer-biar-anak-kelaparan.html

0 comments:

Padah percaya arahan Internet

KUALA TERENGGANU: Terpedaya dengan e-mel yang disangka datangnya dari sebuah bank, seorang lelaki kerugian RM700 apabila dia mengemas kini data akaun bank miliknya mengikut arahan yang tertera dalam Internet, Ahad lalu.
Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Dungun mengemas kini akaun miliknya melalui Internet dengan mengikut arahan tertera dalam e-mel berkenaan.

Bagaimanapun dia curiga selepas itu kerana sebelum ini bank berkenaan tidak pernah meminta pelanggannya membuat kemas kini akaun melalui Internet dan memberi arahan menerusi e-mel.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Azmi Adam, berkata mangsa memeriksa akaun simpanannya pada hari berikut dan mendapati ia berkurangan RM700.

“Terkejut dengan kehilangan wangnya, mangsa membuat semakan dengan bank dan diberitahu dia sudah membuat urusan dengan laman web palsu.

“Pihak bank mendakwa tidak pernah mengarahkan pelanggannya membuat kemas kini akaun menerusi internet dan tidak memberi sebarang arahan kepada pelanggannya menerusi e-mel,” katanya.
Beliau berkata, merasa tertipu dengan keadaan berkenaan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 12.30 tengah hari Jumaat lalu.

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tindak balas apabila menerima sebarang e-mel daripada mana-mana pihak untuk mengelak daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab.
“Apabila dihubungi pihak bank melalui internet, orang ramai yang merasa curiga mesti menghubungi bank berkenaan untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan e-mel diterima,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana capaian kepada sistem komputer tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/23

http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/PadahpercayaarahanInternet/Article/index_html

0 comments:

Rekrut pakar komputer perangi laman web pro-Israel

KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam terkemuka, Anonymous sedang merekrut pakar komputer di seluruh dunia termasuk penggodam tempatan bagi meneruskan perang siber ke atas laman web pro-Israel yang dilancarkan minggu lalu.
Mereka menggelarkan operasi godam terbabit sebagai ‘OpIsrael’ dan bertindak sedemikan sebagai tindak balas serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin yang mengorbankan ratusan nyawa tidak berdosa. Menurut seorang penggodam tempatan yang enggan dikenali, mereka berhubung dengan Anonymous sejak beberapa minggu lalu menerusi forum rahsia untuk berkongsi maklumat serta menerima latihan mengenai teknik menggodam yang sesuai.
“Menerusi forum berkenaan Anonymous membekalkan penggodam dengan perisian ‘Distributed Denial of Service’ atau DDoS, malware dan sebagainya untuk dijadikan ‘senjata’ bagi melumpuhkan laman pro-Israel, khususnya yang menggunakan domain ‘.il’,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya lagi kumpulan penggodam tempatan turut berhubung dengan penggodam dari Indonesia, Brunei dan Pakistan untuk merancang strategi terbaik melumpuhkan laman terbabit.
“Antara kaedah yang digunakan adalah menyerang dengan perisian DDoS sehingga laman berkenaan menjadi berat dan seterusnya memberi peluang kepada penggodam lain untuk ‘menyerang’ dan ‘menceroboh’ sistem laman terbabit,” ujarnya.
Menurutnya, taktik popular selain mencuri data adalah dengan mengubah suai rekaan laman terbabit atau lebih dikenali sebagai teknik ‘defacement’.
Bagaimanapun jelasnya kerajaan Israel sedang meningkatkan keselamatan pelayan laman web kerajaan untuk menghalang Anonymous daripada mengakses data sensitif khususnya membabitkan operasi ketenteraan.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rekrutpakarkomputerperangilamanwebpro-Israel/mobile/mArticle

0 comments:

Amuk anak tak belikan komputer riba

CHERAS: Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.
“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/12

http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Amukanaktakbelikankomputerriba/Article/index_html

0 comments:

Harian Metro: Pikat Gadis Animasi Hingga Ke Ranjang


SEREMBAN: ‘Kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan.

Perkara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping.

“Hasil pemeriksaan merampas 25 CD dan empat DVD permainan komputer lucah pelbagai judul yang kebanyakannya memaparkan gadis animasi mengghairahkan dipercayai dari Jepun.

“Berikutan itu, kami menahan seorang penjaga kedai iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana kesalahan membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.

“Kami menjangkakan kes itu akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat dan semuanya terserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Zainal, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan penjualan bahan itu berada di pasaran sejak tahun lalu, namun tiada tindakan diambil kerana ia berada dalam lambakan permainan komputer lain.

“Bahan lucah itu dipercayai turut dijual di kawasan lain dan kami menyiasat punca bekalan sama ada gelap atau secara terbuka.

“Berikutan itu, kami akan memperhebatkan operasi gempur dan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti tidak sihat terbabit dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Orang ramai yang mempunyai maklumat perkara seumpama itu boleh menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakan selanjutnya.
http://xlawsknowledges.blogspot.com/2011/11/harian-metro-pikat-gadis-animasi-hingga.html

0 comments:

57 komputer diguna untuk judi dirampas

KUANTAN: Polis Daerah Kuantan merampas 57 set komputer dan menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam kegiatan judi haram di dua buah premis kafe siber di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini malam tadi.
Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 malam, polis merampas 22 komputer dan wang tunai berjumlah RM520 dipercayai hasil aktiviti perjudian dan menahan dua lelaki berumur lingkungan 20-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan. Selepas 15 minit kemudian, polis menyerbu pula sebuah premis kafe siber berdekatan dan merampas 35 set komputer dan wang tunai RM250 serta menahan enam orang termasuk dua penjaga premis, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Abdul Aziz Ahmad. Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. Beliau berkata serbuan dilakukan sebagai usaha berterusan pihak polis dalam membanteras kegiatan perjudian siber haram di bandar ini yang semakin berleluasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (b) Enakmen Hiburan 1993 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi terbuka 1953.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/57komputerdigunauntukjudidirampas/mobile/mArticle

0 comments:

Penggodam komputer bank ditangkap di Bangkok




 HAMZA (tengah) dikawal dua anggota polis pada sidang akhbar yang diadakan di pejabat Biro Polis Imigresen di Bangkok semalam.
BANGKOK – Seorang penggodam komputer warga Algeria yang diburu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana mencuri berjuta-juta dolar dari beberapa buah bank Amerika Syarikat (AS) untuk membiayai kehidupan mewahnya ditangkap di sini, kata polis Thailand semalam.
Lelaki tersebut, Hamza Bendelladj kelihatan tenang walaupun mengetahui bahawa dia bakal diekstradisi ke AS.

http://www.harian-metro-online.com/tag/penggodam-komputer

0 comments:

Komputer murah perisian haram

SHAH ALAM: Pembeli dinasihatkan tidak tertipu dengan komputer riba baru ditawarkan dengan harga murah kerana berkemungkinan tinggi menggunakan perisian cetak rompak.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti. Menurutnya, pada tahun lalu 180 serbuan dijalankan membabitkan perisian cetak rompak dengan nilai keseluruhannya RM1.82 juta, manakala berdasarkan rekod sehingga Mac lalu, sebanyak 62 serbuan dijalankan dan angka itu dijangka meningkat berbanding tahun lalu.
Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.
“Dalam serbuan itu KPDNKK mendapati tiga komputer riba mengandungi tujuh salinan langgaran di dalamnya dan semuanya dianggarkan bernilai RM24,000.
“Kegiatan itu terbongkar apabila kakitangan Busines Software Alliance (BSA) mengesan aktiviti berkenaan ketika pekerja kilang mengemas kini perisian melalui Internet sebelum dimaklumkan kepada kami.
“Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Menara MRCB, di sini semalam.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987 dan boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran perisian serta penjara sehingga lima tahun.
Beliau berharap pembeli yang ingin membeli komputer riba baru tidak tertipu berikutan perisian cetak rompak menjejaskan industri perisian.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Komputermurahperisianharam/mobile/mArticle

0 comments:

Penyangak lagak konon ejen komputer riba 1Malaysia

Petaling Jaya: Akibat teringin memiliki perisian komputer terkini, seorang pelajar bukan saja kerugian wang RM300, malah komputer ribanya juga lesap dilarikan seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen komputer riba 1Malaysia, baru-baru ini.
Pelajar berusia 21 tahun itu didatangi lelaki terbabit ketika berada di rumahnya di Damansara Damai, di sini, kononnya untuk mengedarkan komputer riba 1Malaysia kepada individu yang layak, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut sumber, selepas mendapatkan maklumat mengenai isi rumah mangsa, lelaki terbabit memaklumkan bahawa adik mangsa juga layak mendapat komputer riba bantuan itu dan turut dikehendaki mengisi borang permohonan.
“Lelaki terbabit turut memberitahu komputer riba akan dihantar ke rumah mereka melalui pos sebaik permohonan diproses.
“Namun, komputer riba itu tidak dilengkapi perisian dan penerima perlu membayar RM300 untuk menambah perisian itu,” katanya.
Katanya, mangsa bersetuju menambah perisian dan membayar wang itu sebelum diberikan resit beralamat sebuah kedai menjual alat telekomunikasi di ibu negara.
“Lelaki itu meminta untuk memeriksa komputer riba milik mangsa sebelum memaklumkan bahawa perisian dalam gajet itu adalah versi lama.
“Dia kemudian menawarkan untuk memasang perisian versi baru secara percuma. Tetapi, dia perlu mengambil komputer riba itu untuk dibawa ke kedai,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menyerahkan komputer ribanya itu selepas percaya dengan kata-kata lelaki terbabit yang berjanji memasang perisian tanpa sebarang bayaran selain akan memulangkannya pada jam 2 petang.
“Pada tempoh yang dijanjikan, mangsa menghubungi lelaki terbabit namun telefon bimbitnya tidak dijawab.
“Selepas beberapa hari masih gagal menghubungi lelaki terbabit, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara,” katanya.

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penyangaklagakkononejenkomputerriba1Malaysia/mobile/mArticle

0 comments:

Komputer riba punca tak subur

LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.
Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.
Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.

Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.
Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar.

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

“Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook.

“Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.

Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07

http://w1.hmetro.com.my/articles/Komputerribapuncataksubur/Article

0 comments:

7,000 percubaan godam sehari / Papan kekunci kaki game

7,000 percubaan godam sehari

Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) di bawah syarikat keselamatan, Kaspersky Lab mencatatkan 7,000 percubaan menggodam laman game setiap hari pada 2012.

Kegiatan godaman terbabit dipercayai bertujuan mendapatkan maklumat peribadi pemilik akaun game online, kata laluan dan sistem perbankan pemain.


Pakar Kaspersky Lab mendapati, modus operandi penggodam termasuk menghantar sekurang-kurangnya 10 e-mel yang disertakan alamat URL palsu kepada pemain setiap hari di samping 500 percubaan menyerang pelayar game.

Salah satu percubaan popular penggodam termasuk menghantar alamat URL game popular di dunia untuk menipu pemain sebelum mendapat­kan kata laluan mereka.

Terdapat lebih 5,000 kod program jenis malicious direkodkan di persekitaran game online setiap hari.

Lebih malang, laman web palsu itu berjaya mencatat 15 juta lawatan selepas pengguna meng­klik pada alamat dilampirkan.

Produk Baru: Papan kekunci kaki game

Salah satu penghasil teknologi, Rosewill me­ngeluarkan papan kekunci khusus untuk game de­ngan pencahayaan dwi LED backlit pertama di dunia menerusi Helios.
Inovasi menarik terbabit dengan nama kod Helios RK-9200 menyokong warna merah dan hijau yang digunakan bagi pencahayaan backlit manakala pengguna juga mampu menukar butang kawalan game WASD kepada empat warna berbeza me­ngikut keselesaan masing-masing.

Menariknya, kaki game turut mampu me­ngubah lima mod kecerahan berbeza bagi arahan kawalan yang membezakan tetapan game.


SPESIFIKASI:

PRODUK: Rosewill Helios RK-9200
HARGA: Tidak diperoleh
TARIKH DIPASARKAN: 5 Januari 2013
KESESUAIAN: Game
JENIS: Berwayar (USB)
WARNA: Hitam

0 comments:

Reviu Apps: Rail Rush penuh aksi

 Oleh Afiq Hanif

Penguji sudah puas bermain dengan aplikasi game yang ditawarkan dalam pasaran sama ada melalui Android Market atau Apps Store.

Baru-baru ini, gajet yang disayangi penguji iaitu Samsung Galaxy Note 2 mula mencari-cari aplikasi baru untuk kegunaannya. Terima kasih Note 2 yang sekian lama berbakti kepada penguji tidak kira di mana saja untuk apa jua aktiviti dari kerja hinggalah ke hiburan.


Sempat juga penguji memindah turun aplikasi pengembaraan kereta api iaitu Rail Rush.

Kalau anda terus pindah turunnya dari Play, anda langsung tidak akan percaya seni game yang ditawarkan telefon itu.

Rail Rush memang menyeronokkan. Game terbabit dinamakan sempena pengembaraan gua ke gua menggunakan kereta apli yang mempunyai satu gunung berapi menakutkan.

Semuanya bermula apabila gunung berapi yang hampir tidak meletus sejak sekian lama terbabit tiba-tiba menunjukkan tanda kehidupan dalamnya.

Untuk memburukkan lagi keadaan, raksasa mula menyerang pulau yang sekian lama aman daripada penjahat Qalvinius.

Misi anda bermain game terbabit adalah untuk mendapatkan batu misteri, satu-satunya usaha yang mampu mengembalikan keamanan kepada pulau terbabit.

Rail Rush mengisahkan pengembaraan budak lelaki di pulau terpencil, Rail Rush memerlukannya menentang raks asa menakutkan melalui misi tertentu di samping teka-teki yang perlu diselesaikan.

Andalah hero dengan misi getir yang perlu diselesaikan mengikut beberapa peringkat tertentu. Lagi tinggi peringkat yang anda tempuhi, lagi banyak cabaran perlu diatasi.

Ia sudah cukup menggambarkan Rail Rush sebagai aplikasi game mencabar namun anda diberikan game khas di setiap peringkat. Sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan tekanan sebelum menentang musuh lain yang ganas.

Game ini menuntut pemain melaksanakan misi dengan penuh pemerhatian diselubungi aksi mendebarkan serta visual berwarna-warni.

Permainan terbabit sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh didapati menerusi Play yang dijangka menjadi penanda aras industri permainan di negara ini.

Kalau anda menggunakan Samsung Galaxy Note 2, lebih syok main game ini!

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27

0 comments:

E-Sukan

E-SUKAN atau nama Sukan Elektronik yang dimainkan secara besar-besaran dengan pelbagai segmen seperti Multiplayer Online (MMO), Strategi Masa Sebenar (RTS) dan Penembak Tunggal (FPS) adalah ciri sukan digital yang mampu menyokong ratusan atau ribuan pemain serentak.

Kebanyakan e-sukan disambungkan menerusi internet dengan akses pelayan khas dan biasanya menampilkan sekurang-kurangnya satu dunia khayalan yang berterusan.

Pada kebiasaannya, permainan ini dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi (PC) merangkumi desktop atau laptop, tetapi ada juga yang menggunakan konsol permainan termasuk PlayStation 3, Xbox 360, Nintendo DS dan Wii selagi memiliki akses Internet.

Ia membolehkan pemain untuk bekerjasama dan bersaing antara satu sama lain pada skala yang besar di samping berinteraksi sesama sendiri tanpa mengira sempadan dunia.

Foto 
COUNTER STRIKE...antara game popular di kalangan remaja yang dipertandingkan di WCG.


Foto 
MINAT...bakat Malaysia perlu dicungkil.



Foto 
MENANG...Ramona menunjukkan medal yang dimenanginya.

Segmen e-sukan berteraskan grafik pertama menjadikannya kejayaan besar terutama dalam penciptaan genre termasuk penerbangan berbilang pemain beraksi dalam pertempuran simulasi permainan Air Warrior dibangunkan Kesmai dalam akses online Genie yang pertama kali muncul pada 1986.

Selepas itu, muncul beberapa game e-sukan baru yang lebih menarik seperti GemStone dan Neverwinter Nights pada awal 90-an.

Kini permainan seperti WarCraft, Counter Strike, FIFA, DoTA dan sebagainya dianggap e-sukan yang berbeza daripada sukan biasa dimainkan secara fizikal seperti bola sepak, bola tampar dan sebagainya di dunia.

Walaupun e-sukan turut mengggunakan pergerakan fizikal tetapi keupayaan minda individu diperlukan sepenuhnya untuk memenangi pertandingan selain pergerakan tangan atau jari yang pantas serta kecekapan mata menangkap imej di skrin.

E-Sukan dimainkan secara kompetitif di peringkat amatur, semi profesional dan profesional dengan beberapa pertandingan bertaraf dunia dianjurkan seperti World Cyber Games (WCG), Gaming (MLG), Global Starcraft II League (GSL), Dreamhack dan Intel Extreme Masters yang menawarkan hadiah lumayan.

Salah satu acara yang dianggap olimpik untuk e-sukan pastinya tertumpu kepada WCG yang dibahagikan mengikut benua.

WCG yang dianjurkan setiap tahun menjadi tumpuan kali ini apabila Malaysia turut menjadi tuan rumah peringkat Asia yang dilangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dianggarkan seramai 30,000 pengunjung menghadiri kejohanan WCG 2012 yang menghimpunkan 600 ‘kaki games’ tempatan untuk bertanding antara satu sama lain malah mewakili Malaysia ke peringkat dunia.

Presiden Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Shaifubahrim Saleh, berkata antara matlamat utama pertandingan ini ialah mencungkil bakat yang bakal mewakili Malaysia ke pertandingan akhir WCG yang dijadualkan berlangsung di Kunshan, China pada November ini.

Katanya, pertandingan itu juga dianjurkan dengan tujuan meningkatkan kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia.

“Permainan komputer ini juga dapat merangsang minda remaja kita untuk berfikir secara kreatif dan inovatif,” katanya kepada it@Metro selepas pelancaran WCG 2012.

Pikom menjadi penganjur utama pertandingan bersempena Bulan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kebangsaan yang berlangsung sehingga Oktober nanti.

Pertandingan WCG 2012 tahun ini dengan peringkat awal membabitkan kejuaraan antara negara Asia bagi tiga jenis game iaitu Dota 2, FIFA 12 dan Tekken 6.

Manakala WCG Malaysia 2012 menyenaraikan tujuh jenis game iaitu Counter Strike Online, StarCraft 2, World of Tanks, Dota 2, FIFA 12, Tekken 6 dan Counter Strike: Global Offensive yang dianjurkan bagi mencari bakat dalam e-sukan.

Shaifubahrim berkata, budaya permainan siber ini sudah dapat menembusi institusi pendidikan kerana ketika ini pelbagai kursus mengenai `games’ sudah diperkenalkan seperti animasi dan inovasi digital bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terbabit dalam industri permainan.

Katanya, Malaysia sudah menyaksikan pelbagai pembangunan industri permainan siber yang boleh disifatkan sebagai aktiviti sukan.

Beliau berkata, dengan adanya pertandingan seperti WCG lebih banyak generasi muda dapat terbabit dalam aktiviti sihat dan dapat merangsang minda mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif kerana terpaksa berlawan dengan pelbagai pemain antarabangsa yang memiliki pelbagai kemahiran.

“Kami berharap tahun ini pasukan Malaysia dapat menduduki tahap terbaik malah kita pernah memenangi satu game sebelum ini di peringkat dunia,” jelasnya.

Hakikatnya, walaupun WCG seakan kelihatan seperti aktiviti yang membuang masa namun ia landasan terbaik dan dilihat sebagai acara Olimpik e-Sukan peringkat antarabangsa yang pantas berkembang dengan hampir sejuta pemain bertanding antara satu sama lain merebut gelaran juara dunia.

Apatah lagi, banyak syarikat utama dalam industri terbabit kini semakin rancak melabur untuk membawa masuk permainan baru ke dalam negara manakala syarikat permainan baru juga semakin bertambah dan turut aktif dalam mempromosikan permainan masing-masing.

Misalnya, Samsung Electronics (Samsung) yang menjadi penaja utama malah mereka turut pernah menaja pasukan Malaysia ke peringkat dunia sebelum ini dengan jumlah penajaan yang menarik.

Selain itu, syarikat lain seperti pengeluar aksesori, Razer serta pembangun cip pemprosesan PC, Intel turut mengambil berat penganjuran WCG yang sepatutnya membuka mata mengenai kepentingan E-Sukan di negara ini.

Bayangkan juga, peluang perkembangan industri permainan komputer yang semakin berkembang dengan jangkaan nilai industri mencecah RM27 bilion menjelang 2014 perlu dipandang serius kalau mahu menarik minat dunia terhadap perkembangan ICT negara ini.

Pengerusi Pikom, Woon Tai Hai berkata, pasaran Asia dijangka mampu menembusi 16 peratus daripada angka terbabit yang perlu dimanfaatkan oleh negara ini.

“Industri permainan komputer masih kecil terutama di Malaysia namun ia mempunyai potensi kepada pembangun permainan dan pengguna yang mana mampu menjana keuntungan besar bagi negara,” katanya.

Acara seperti WCG paltform untuk menggalakkan minat dalam pembangunan kandungan di negara ini dan menarik peneraju industri serta pakar teknologi berkongsi idea mengenai e-Sukan.

Malaysia juga pasaran yang menarik untuk diteroka termasuk rantau terdekat apabila jumlah pemain e-sukan terus meningkat.

Di samping itu, beberapa syarikat pembangun game merancang untuk memperkasakan produk masing-masing yang dikategorikan dalam industri e-sukan bagi masyarakat tempatan dengan menggalakkan pertandingan setempat serta serantau secara besar-besaran.

Jadi, sudah tiba masa kita menggiatkan usaha pembangunan e-sukan yang menarik di kalangan masyarakat terutama anak muda.

Lebih menarik, terdapat pembangun permainan seperti World of Tanks yang memperkenalkan pelayan khusus di Asia Tenggara menjadikan akses kepada game menjadi lebih pantas apabila kebanyakan pemain rantau ini menggunakan pelayan Amerika Syarikat untuk beraksi.

Malah, mereka turut memperkenalkan bahasa tempatan termasuk Bahasa Melayu, Mandarin, Tagalog dan Thai bagi membolehkan pemahaman lebih baik menggunakan game ini.

Sementara itu, Shaifubahrim mendedahkan, Malaysia berhasrat untuk membida untuk menjadi tuan rumah Kejuaraan WCG Dunia selepas 2014 yang mampu membuka mata dunia mengenai perkembangan ICT di negara ini.

“Kita sahkan Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah WCG selepas 2014 memandangkan China akan menganjurkannya sehingga 2013 dengan kontrak bersama penaja,” katanya.

Beberapa negara yang menganjurkan WCG sebelum ini termasuk Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Korea Selatan, Singapura dan China.


Gaya ayu Goldfish

BERBEKALKAN wajah cantik manis yang ceria, tidak ramai menyangka gadis berusia 24 tahun, Ramona Azween sebenarnya kaki games khusus dalam permainan Counter Strike yang diperkenalkan pada 2000.

Pembabitan beliau dalam permainan komputer bermula sejak berusia 12 tahun hanya selepas mengikut dua abangnya ke kafe siber untuk bermain Counter Strike sebelum dicabar lelaki untuk bermain.

Beliau menyahut cabaran terbabit dan bermulalah detik serius bermain Counter Strike yang kebiasaannya dianggap permainan lelaki apabila ia membabitkan game jenis menembak dan ganas.

“Bermula dari sekadar suka-suka, ia menjadi serius selepas dicabar namun saya tidak sangka boleh pergi jauh dalam bidang permainan komputer,” katanya ketika ditemui it@Metro ketika WCG 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gadis ayu terbabit menjadi tumpuan pemain Counter Strike lain apabila kerap memenangi perlawanan yang dianjurkan beberapa kafe siber menggunakan nama jolokan, Goldfish.

Selepas memenangi beberapa pertandingan utama di negara ini, beliau pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan dunia di Cologne, Jerman dan perlawanan utama yang lain menjadikan beliau antara pemain wanita utama.

Malah, ketika WCG2012 baru-baru ini, beliau satu-satunya wanita yang bertanding dalam pertandingan Counter Strike Online.

“Ramai yang beranggapan wanita tidak boleh bertanding tetapi saya ingin merubah stigma terbabit dan tidak mahu dianggap kaum lemah dalam teknologi,” katanya.

Ramona bersama empat rakan yang membentuk pasukan FunnieBunnie berjaya menduduki tempat ketiga peringkat nasional di pertandingan terbabit.

“Ia bukan pencapaian yang memberangsangkan berbanding tahun sebelum ini tetapi saya puas apatah lagi Counter Strike Online adalah segmen baru yang baru dicuba,” katanya.

Beliau memaklumkan, lebih dari enam jam dihabiskan sehari untuk latihan sebelum menyertai pertandingan tertentu malah ia ditingkatkan sekiranya acara terbabit dianggap besar dan memerlukan lebih latihan.

“Sejak dulu, saya menghabiskan banyak masa di kafe siber untuk bermain tetapi saya masih memberi tumpuan ketika belajar dan mendapat sokongan ibu bapa,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Ramona turut aktif dalam bidang hiburan apabila mempunyai ‘single’ sendiri bertajuk ‘Akhir Kisah Kita’ dan popular di kalangan pengguna laman video popular, YouTube.

0 comments:

Bentuk komuniti serantau

Oleh Afiq Hanif

PERMAINAN secara besar-besaran disebut sebagai ‘Multiplayer Online’ (MMO) adalah ciri pelbagai pemain video yang mampu menyokong beratus atau beribu pemain serentak.

Ia disambungkan menerusi Internet dengan akses pelayan khas dan biasanya menampilkan sekurang-kurangnya satu dunia khayalan yang berterusan.

Bagaimanapun, ia tidak semestinya permainan yang dimainkan di komputer peribadi PC) namun boleh diakses melalui konsol permainan yang baru termasuk PSP, PlayStation 3, Xbox 360, Nintendo DS dan Wii selagi memiliki akses Internet.

Selain itu, peranti mudah alih seperti telefon pintar berdasarkan sistem operasi Android, iOS dan Windows Phone juga memperlihatkan peningkatan bilangan game MMO yang disediakan.

Foto 
WoT...game MMO yang menarik.

MMO membolehkan pemain untuk bekerjasama dan bersaing antara satu sama lain pada skala yang besar di samping berinteraksi sesama sendiri tanpa mengira sempadan dunia.

Segmen MMO berteraskan grafik pertama menjadikannya kejayaan besar terutama dalam penciptaan genre termasuk penerbangan berbilang pemain beraksi dalam pertempuran simulasi permainan Air Warrior dibangunkan Kesmai dalam akses online Genie yang pertama kali muncul pada 1986.

Selepas itu, muncul beberapa game MMO baru yang lebih menarik seperti GemStone dan Neverwinter Nights pada awal 90an.

Salah satu game popular yang kini mendekati masyarakat Malaysia termasuk World of Tanks (WoT) dengan pengenalan sistem pelayan khas untuk rantau Asia Tenggara yang ditempatkan di Singapura bagi menampung akses sama kepada negara terbabit, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wargaming.net, Victor Kislyi yang membangunkan WoT, syarikatnya mula mensasarkan pasaran Malaysia apabila menyaksikan peningkatan stabil industri game berasaskan MMO di negara ini.

“Kami mendapati Malaysia sebagai pasaran yang menarik untuk diteroka termasuk rantau terdekat apabila jumlah pemain game MMO terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya merancang untuk memperkasakan game WoT yang dikategorikan dalam industri e-sukan bagi masyarakat dengan menggalakkan pertandingan setempat serta serantau secara besar-besaran.

“Sudah tiba masa kita menggiatkan usaha pembangunan e-sukan yang menarik di kalangan masyarakat,” katanya.

Sehingga kini, WoT mempunyai sejumlah 24 juta pemain dengan pendaftaran pemain kira-kira 50 ribu sehari.

“Lebih 800 ribu pemain aktif akan bertempur setiap hari di medan peperangan maya pada satu masa.

“Jadi dengan pengenalan pelayan khusus di Asia Tenggara, akses kepada game menjadi lebih pantas apabila kebanyakan pemain rantau ini menggunakan pelayan Amerika Syarikat untuk beraksi,” katanya.

Beliau memaklumkan, pihaknya akan mempromosikan pelayan Asia Tenggara kepada pemain sedia ada dalam usaha menggalakkan akses cepat di kalangan pemain.

“Kami juga memperkenalkan bahasa tempatan termasuk Bahasa Melayu, Mandarin, Tagalog dan Thai bagi membolehkan pemahaman lebih baik menggunakan game ini,” jelas Kislyi.

Wargaming.net mahu membawa anda ke dunia berasaskan kereta kebal dengan pembangunan yang bermula pada 2008.

Dunia kereta kebal dengan pertempuran 15 x 15 menarik anda dalam grafik yang menakjubkan, kawalan mudah dan pantas untuk belajar gerakan menyerang dan sistem RPG lengkap seperti memperbaiki kereta kebal anda.

Selain itu, ia menggabungkan pertempuran dalam pakej yang menenggelamkan imaginasi anda sehingga dalam pertempuran selama berjam-jam.

Dunia kereta kebal mempunyai kawalan menarik dengan pertempuran satu lawan satu seakan permainan Counter Strike. Betul, anda hanya perlu bayangkannya seakan game terbabit cuma tukarkan askar kepada kereta kebal.

Terdapat kawalan yang kompleks tapi pada asasnya anda hanya memerlukan butang WASD untuk pergerakan dan penggunaan asas tetikus untuk mensasarkan serta kawalan tembakan.

Namun, terdapat beberapa kawalan lebih rumit yang meningkatkan permainan dan anda akan perlu untuk belajar sebelum mampu bersaing tapi permainan ini sangat mudah untuk melompat ke bahagian permainan baru kalau anda tidak sukakan peringkat sama.

Anda boleh memainkan dunia kereta kebal menggunakan empat jenis termasuk USA, USSR, Jerman, atau Perancis.

Masing-masing mempunyai pelbagai jenis kereta kebal termasuk ciri tembakan cahaya, sederhana, berat, kereta kebal pemusnah atau senjata automatik dengan tahap kualiti paling menarik. WoT menguruskan permainan dengan hanya membenarkan kereta kebal tahap yang sama untuk bersaing dalam setiap pertempuran.

Senarai medan pertempurannya juga luas dengan 18 lokasi berlainan berkeupayaan grafik tinggi yang menarik perhatian.

Permainan WoT berasaskan tahun peperangan kurun ke-20 dengan tempoh pertempuran satu sesi memakan masa antara lima hingga 15 minit tapi ketagihannya mengakibatkan purata permainan berjumlah 3.2 jam setiap pemain.

Anda boleh mencipta mod game sendiri menerusi Epic Clan Wars menerusi strategi berlainan di kalangan rakan anda atau bersedia dengan mod sedia ada seperti Standard, Tank Company Battles dan Training Battles.

Sejumlah 150 jenis kereta kebal dibangunkan untuk game ini yang mengandungi fungsi, kelebihan dan serangan berbeza.

Menurut Kislyi, WoT mencipta satu komunikasi baru dengan segmen yang ‘niche’ kepada industri game membolehkan komuniti Asia Tenggara dibentuk apabila pemain berpeluang berkomunikasi dalam laman WoT.

“Masa depan MMO cerah di Asia Tenggara cuma ia perlu dilaksanakan secara sistematik dengan kerjasama pembangun game seperti kami,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, kesemua kereta kebal yang direka dibuat berasaskan spesifikasi sebenar kenderaan perang digunakan ketika dulu dengan penambahan imaginasi baru lebih realistik.

“Kelajuan, peluru dan sebagainya adalah betul-betul digunakan ketika zaman perang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/01

0 comments:

Aspire 5750G berkuasa tinggi

Oleh Afiq Hanif

GERGASI komputer di Malaysia, Acer, memang tahu cara memikat pengguna. Ia terbukti dengan pengeluaran laptop model Aspire 5750G dengan siri 2634G64 yang berkuasa tinggi menepati cita rasa maju pengguna.

Kenapa penguji mengatakan demikian? Pastinya kerana kekuatan pemprosesan Intel Core i7-2630QM yang turut dimantapkan dengan teknologi Turbo Boost 2.0 yang meningkatkan kemampuan perkomputeran dari semua Core.

Takkan cukup tanpa kekuatan PC berkelajuan 2.9GHZ yang disediakan tepat dengan peranti Acer ini malah ia juga menyokong arkitektur Intel 64 dan Intel Smart Cache sebati bersama perkakasan keluarga Aspire.

Satu lagi tarikan utama termasuk kad grafik nVIDIA GeForce GT 540M dengan sokongan teknologi nVIDIA Optimus untuk resolusi yang lebih tinggi membolehkan anda untuk melihat, misalnya, butiran imej dari sudut jauh membuatkan game lebih realistik.

Belum cukup? Ya, memang diakui penguji apabila model Aspire 5750G diperkasakan slot memori DDR3 dibina khusus memberikan pemain mesin paling kuat semaksimum 16GB, memberikan anda kapasiti memori seakan-akan pelayan.

Lebih penting lagi, notebook menerusi kejuruteraan ajaib itu mengundang pelbagai persoalan seperti bagaimana penciptanya mereka sebahagian besar komponen seperti papan utama, cakera keras dan sebagainya dimampatkan pada saiz nipis walaupun ia sebesar 15.6 inci.

Kerangka Aspire ini diperbuat daripada magnesium dan diliputi aluminium yang menyerlahkan keanggunan si pemakai.

Ciri unik lain didapati pada model ini adalah papan kekunci numerik yang biasanya terdapat pada papan kekunci biasa pada desktop membolehkan penetapan butang khas untuk memainkan game kegemaran.

Turut dipasang pemain 8x kelajuan DVD-Dual Layer Super Multi Writer dan kamera web Acer Crystal Eye yang diserasikan kalau mahu membuat panggilan kepada pihak lawan ketika bermain game online.

Paparan 15.6 inci menggunakan skrin lebar HD menawarkan resolusi 1366 x 768 piksel yang standard untuk sistem segmen 13 inci dan ke atas.

Komponen notebook tampak kemas ditempatkan di sebelah kiri iaitu dua pelabuh USB 2.0 dan 3.0, pemacu optikal serta pengunci Kensington.

Di sebelah kanan ditempatkan sambungan fon telinga, tenaga, satu lagi port USB 2.0, HDMI, VGA dan Ethernet.

Di sebalik kepopularan tablet yang berkembang pesat, notebook Acer Aspire 5750G masih pilihan terbaik untuk penggunaan perkomputeran apatah lagi kuasanya dan harganya bernilai RM2,899 cukup baik.


>INFO
PRODUK: Acer Aspire 5750G
HARGA: RM2,899
PENGELUAR: Acer
PERTANYAAN: Acer Sales & Services Sdn Bhd
LAMAN WEB:www.acer.com.my
TELEFON: 03-21621388

>KOMEN
KESELURUHAN: ****
REKA BENTUK: ****
MESRA PENGGUNA: ****
DOKUMENTASI: ****
NILAI WANG: ***1/2

Artikel ini disiarkan pada : 2011/02/01

0 comments:

Produk Baru: Razer keluar tablet sendiri

Pembuat aksesori ‘game’ terkemuka, Razer dijangka mengeluarkan tablet sendiri selepas berjaya menghasilkan laptop khusus untuk kaki ‘game’ yang dikeluarkan tahun lalu.

Tablet yang dinamakan Razr Edge Pro dihasilkan berikutan kejayaan prototaip gajet itu yang kini mula menerima tempahan.


Razer adalah syarikat aksesori ‘game’ popular yang dibangunkan pemain tegar ‘game’ sendiri.

Kedatangannya buat pertama kali di Malaysia nanti dijangka lebih menarik berikutan penghormatan industri ‘game’ negara ini yang meningkat hingga melahirkan banyak bakat baru diiktiraf dunia.

Manakala Razer dikenali sebagai pengeluar aksesori ‘game’ unggul yang direka oleh pemain ‘game’ untuk pemain ‘game’.

‘Game’ jenis kasual yang dimainkan tablet dijangka membuka hati pemain untuk bermain ‘game’ yang lebih berat.


SPESIFKASI:

Produk: Razer Edge Pro Edge Pro  
Pemprosesan: Intel Core i7 Dual core dengan Hyper Threading Base 1.9GHz / Turbo 3.0GHz  
Memori: 8GB DDR3 (2x4GB 1600MHz)  
Video: Intel HD4000 (DX11)Grafik: NVIDIA GT 640M LE (2GB DDR3, Optimus Technology)  
Paparan: 10.1” (IPS, 1366x768)OS: Windows 8
Setoran: 128/256GB SSD (SATA-III)
Rangkaian: Intel WLAN (802.11b/g/n + BT4)
Sambungan: USB 3.0 x 1, jek audio (3.5mm)

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06

0 comments:

Fahami komponen, keupayaan PC

Oleh Afiq Hanif

PERANTI iPad yang dilancarkan pada 2010 dikatakan ‘sepak mula’ zaman pasca komputer peribadi (PC) yang sebelum ini dikuasai notebook dan desktop.

Ia digambarkan memberi idea baru dalam perkomputeran apabila ciri paparan boleh sentuh dan tanpa papan kekunci menukar gaya penggunaan PC pada zaman moden yang tidak pernah dibayangkan pencipta notebook atau desktop sebelum ini.

Sebenarnya, penciptaan IBM Simon pada 1992 dilancarkan pada 1992 menjadi titik pemula zaman pasca PC apabila ia digambarkan peranti mudah alih ketika itu.

Kira-kira 10 tahun ke belakang, Osborne I yang menjengah pasaran sekitar 1981 pula dianggap membayangi evolusi perkomputeran sebelum ia benar-benar digunakan manusia.

Foto 
 PC AIO...saiznya lebih kecil berbanding penggunaan monitor dan CPU yang berasingan.

Tetapi, tidak ramai yang memperkatakan mengenai PC semua dalam satu (AIO) apabila ia mula dilancarkan kira-kira tahun lalu.

Bagaikan disengat evolusi telefon pintar, PC AIO seakan hilang dari lukisan teknologi apabila pengguna lebih menumpukan penggunaan telefon pintar atau tablet yang dipasarkan hampir sama selepas itu.

PC AIO belum sempat menjadi pembuka sejarah, namun ia sebenarnya antara evolusi desktop paling unggul sejak komputer diperkenalkan.

Meskipun pengguna sering mengaitkan telefon dan tablet sebagai penyambung utama kepada dunia komunikasi seperti Internet, PC AIO mempunyai tarikannya tersendiri. Lihat saja tabiat penggunaan komputer di dunia.

Walaupun pengguna tampak ‘melekat’ dengan peranti mudah alih seperti telefon, laptop atau tablet sepanjang masa, PC masih menjadi mesin utama atau mesin paling puas untuk melayari Internet, bermain game atau membuat kerja sepenuhnya.

Tidak hairan, penggunaan PC masih relevan terutama jika anda berada di institusi pendidikan atau pejabat menjadikan PC AIO paling sesuai untuk digunakan atas beberapa faktor.

Selain teknologi, reka bentuk dan bahan yang digunakan antara unsur penting dalam pembikinan sistem perkomputeran baru terutama PC.

Perbezaan ketara antara PC AIO dan PC biasa ialah CPU dan monitornya dicantum pada satu kerangka menjadikan saiznya kompak dan mudah ditempatkan pada ruang yang kecil serta menggunakan kuasa elektrik lebih jimat.

Faktor terbabit menjadikan PC AIO antara peranti penting yang memberikan pengalaman perkomputeran menggabungkan keupayaan multimedia terhebat dengan reka bentuk, menyediakan kepelbagaian inovasi untuk nilai yang tiada bandingan serta pilihan terbaik sesuai dengan setiap isi rumah dan pejabat digital.

Ia ditambah nilai dalam persekitaran semasa memerlukan makna sebenar dalam kehidupan pengguna optimistik hari ini.

Pengguna inginkan standard yang lebih tinggi untuk mendapatkan pengalaman hiburan digital dan pelbagai pilihan lain untuk mening­katkan keperluan perkomputeran serta hiburan di sekitar tempat tinggal mereka.

Trend penggunaan PC di Malaysia ialah audio, video, digital media, kapasiti besar, prestasi tinggi, mudah digunakan dan kos rendah.

Oleh itu, kebanyakan vendor PC AIO sentiasa mengimbas persekitaran dan mengkaji pasaran selain mengamalkan strategi tidak akan membuat pengguna tahu mengenai apa komponen yang digunakan, sebaliknya memenuhi keperluan mereka menerusi peranti yang ditawarkan.

Walaupun pasaran PC desktop menguncup, pasaran PC AIO kian menjadi tarikan terutama di Malaysia yang dilihat ke arah pemilikan PC jenis itu.

Manakala situasi ekonomi dunia yang dialami hari ini mengkehendaki umum lebih berhati-hati apabila mengeluarkan belanja menjadikan PC AIO seakan pilihan bijak kepada mereka.

Sebelum anda memilih PC AIO, anda perlu memahami makna jargon komponen asas dan kesannya kepada persembahan dan keupayaan sesuatu PC. Maklumat ini dapat menjadi asas dalam pemilihan jenis dan kelajuan sesuatu PC.


Unit pemprosesan pusat atau CPU

Silikon kecil ini menjadi jantung kepada PC AIO kerana ia memproses berjuta-juta arahan setiap sesaat. Pemprosesan itu akan diterjemahkan kepada operasi yang dilihat pada skrin.

Lebih pantas kelajuan jam (clock speed) yang diukur dalam unit GHz, lebih pantas persembahan sesuatu PC.

Hari ini pemilihan minimum untuk PC ialah dengan pemprosesan berkelajuan hingga 4GHz kerana di masa terdekat pemprosesan lebih laju akan dikeluarkan.

Pada masa ini atau hujung tahun depan, kelajuan pemprosesan mungkin mencapai 6GHz.

Memandangkan penekanan bagi pemprosesan dan tugasan besar, CPU direka lebih pantas setiap masa agar lebih banyak arahan dapat diproses. Dan jenis CPU terkenal ialah dari Intel. Terdapat juga pemprosesan dari AMD.


Memori atau RAM

Memori ibarat gudang simpanan arahan sementara sebelum arahan itu dihantar ke CPU untuk diproses.

Dengan kehadiran memori, CPU tidak perlu mencari data atau sesuatu arahan dari cakera keras kerana ia lebih lambat berbanding RAM. Ini secara tidak langsung mempercepatkan persembahan keseluruhan sesuatu sistem PC.

Seperti juga bagi pemprosesan, lebih besar saiz RAM, lebih baik persembahan PC, terutama dalam penggunaan persekitaran GUI atau Windows 7 (mungkin Windows 8 nanti).

Saiz minimum ialah 2GB, tetapi pengguna digalakkan melengkapkan memori lebih tinggi, terutama jika menggunakan Windows 7.

Memori juga ada beberapa jenis. Secara am, memori SDRAM memberi persembahan lebih baik berbanding jenis HDD.


Cakera keras

Ini ialah gudang tetap kepada semua data digital dalam sistem PC. Semua maklumat, data, fail, rekod, aplikasi dan pemacu komponen akan disimpan di dalam cakera keras.

Saiz storan lazim hari ini ialah 500GB tapi pengeluar cakera mencapai kapasiti storan hingga 1TB tidak termasuk cakera keras mudah alih yang dijual berasingan.

Walaupun nampak besar, dengan saiz fail semakin besar serta penggunaan grafik, audio dan video, storan lebih besar digalakkan.


Resolusi paparan

Trend kini mendorong kepada penggunaan skrin bersaiz 21 inci dan tidak lagi 30 inci. Selain saiz, yang harus diberi penekanan adalah resolusi dan saiz piksel.

Paparan atau skrin yang perlu dipilih mempunyai piksel lebih halus kerana lebih kecil saiznya, lebih tinggi resolusi yang boleh dicapai oleh skrin PC.

Bagaimana keupayaan dan mutu paparan juga bergantung kepada kad grafik yang dilengkapkan.

Kad grafik adalah kad khusus yang melakukan pemprosesan unsur grafik bagi komputer.

Kebanyakan kad grafik juga dilengkapi dengan cip pemprosesan serta memorinya sendiri. Lebih tinggi keupayaan kad grafik, lebih baik paparan yang dihasilkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/21

0 comments: