7,000 percubaan godam sehari / Papan kekunci kaki game
7,000 percubaan godam sehari
Kegiatan godaman terbabit dipercayai bertujuan mendapatkan maklumat peribadi pemilik akaun game online, kata laluan dan sistem perbankan pemain.
Pakar Kaspersky Lab mendapati, modus operandi penggodam termasuk menghantar sekurang-kurangnya 10 e-mel yang disertakan alamat URL palsu kepada pemain setiap hari di samping 500 percubaan menyerang pelayar game.
Salah satu percubaan popular penggodam termasuk menghantar alamat URL game popular di dunia untuk menipu pemain sebelum mendapatkan kata laluan mereka.
Terdapat lebih 5,000 kod program jenis malicious direkodkan di persekitaran game online setiap hari.
Lebih malang, laman web palsu itu berjaya mencatat 15 juta lawatan selepas pengguna mengklik pada alamat dilampirkan.
Produk Baru: Papan kekunci kaki game
Inovasi menarik terbabit dengan nama kod Helios RK-9200 menyokong warna merah dan hijau yang digunakan bagi pencahayaan backlit manakala pengguna juga mampu menukar butang kawalan game WASD kepada empat warna berbeza mengikut keselesaan masing-masing.
Menariknya, kaki game turut mampu mengubah lima mod kecerahan berbeza bagi arahan kawalan yang membezakan tetapan game.
SPESIFIKASI:
HARGA: Tidak diperoleh
TARIKH DIPASARKAN: 5 Januari 2013
KESESUAIAN: Game
JENIS: Berwayar (USB)
WARNA: Hitam
0 comments: