Reviu Apps: Rail Rush penuh aksi

 Oleh Afiq Hanif

Penguji sudah puas bermain dengan aplikasi game yang ditawarkan dalam pasaran sama ada melalui Android Market atau Apps Store.

Baru-baru ini, gajet yang disayangi penguji iaitu Samsung Galaxy Note 2 mula mencari-cari aplikasi baru untuk kegunaannya. Terima kasih Note 2 yang sekian lama berbakti kepada penguji tidak kira di mana saja untuk apa jua aktiviti dari kerja hinggalah ke hiburan.


Sempat juga penguji memindah turun aplikasi pengembaraan kereta api iaitu Rail Rush.

Kalau anda terus pindah turunnya dari Play, anda langsung tidak akan percaya seni game yang ditawarkan telefon itu.

Rail Rush memang menyeronokkan. Game terbabit dinamakan sempena pengembaraan gua ke gua menggunakan kereta apli yang mempunyai satu gunung berapi menakutkan.

Semuanya bermula apabila gunung berapi yang hampir tidak meletus sejak sekian lama terbabit tiba-tiba menunjukkan tanda kehidupan dalamnya.

Untuk memburukkan lagi keadaan, raksasa mula menyerang pulau yang sekian lama aman daripada penjahat Qalvinius.

Misi anda bermain game terbabit adalah untuk mendapatkan batu misteri, satu-satunya usaha yang mampu mengembalikan keamanan kepada pulau terbabit.

Rail Rush mengisahkan pengembaraan budak lelaki di pulau terpencil, Rail Rush memerlukannya menentang raks asa menakutkan melalui misi tertentu di samping teka-teki yang perlu diselesaikan.

Andalah hero dengan misi getir yang perlu diselesaikan mengikut beberapa peringkat tertentu. Lagi tinggi peringkat yang anda tempuhi, lagi banyak cabaran perlu diatasi.

Ia sudah cukup menggambarkan Rail Rush sebagai aplikasi game mencabar namun anda diberikan game khas di setiap peringkat. Sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan tekanan sebelum menentang musuh lain yang ganas.

Game ini menuntut pemain melaksanakan misi dengan penuh pemerhatian diselubungi aksi mendebarkan serta visual berwarna-warni.

Permainan terbabit sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh didapati menerusi Play yang dijangka menjadi penanda aras industri permainan di negara ini.

Kalau anda menggunakan Samsung Galaxy Note 2, lebih syok main game ini!

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27

0 comments: